Thursday, 19 July 2012

Macam mana nak hilangkan mengantuk masa study?


Macam mana nak hilangkan rasa mengantuk ketika study?
1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.
2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.
3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!
4. Dapatkan tidur yang cukup – Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.
Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.
5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.
6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila  jiwa mereka sentiasa bersama anda.
Selamat berjaya.

6 Teknik Terakhir Pecutan Peperiksaan




UNTUK pelajar yang masih menuntut, anda tidak boleh lari daripada peperiksaan. Untuk berjaya, tak kira siapa pun anda, peperiksaan adalah suatu perkara yang wajib ditempuh.
Dalam hidup pun ada ujian-ujiannya. Dan semua itu jika mampu dijalani dengan secemerlang yang mungkin, insya-Allah anda akan menjadi manusia yang paling berjaya di atas muka bumi ini.
Fokus saya kali ini adalah untuk berkongsi 6 tip penting buat semua pelajar-pelajar yang masih menuntut. Tak kira di sekolah mahu pun di IPT. Bagaimanakah persediaan terbaik yang perlu mereka lakukan untuk baki sebulan atau seminggu terakhir sebelum peperiksaan.
Ini yang  disebut sebagai tip pecutan terakhir!
1. Senarai pendek semua tajuk yang telah dipelajari.
Langkah pertama dalam persediaan pecutan terakhir ini ialah dengan menyenaraikan kesemua tajuk yang telah anda pelajari sepanjang tahun. Senarai tajuk sahaja. Dari sini, anda akan nampak gambaran awal sejauh mana anda perlu memecut. Seberapa banyak kelajuan yang anda perlukan untuk menghabiskan kesemua tajuk berkenaan dalam masa yang anda ada.
2. Tandakan soalan-soalan yang lazim keluar dalam peperiksaan
Ambil pen atau apa-apa pensel warna, dan kemudian tandakan bahagian mana yang penting daripada tajuk-tajuk yang anda senaraikan tadi. Bab-bab yang penting ini bermakna bab-bab yang sering keluar dalam peperiksaan. Jangan tandakan semuanya. Ambil yang benar-benar kerap keluar dalam exam. Biasanya, soalan-soalan yang keluar dalam peperiksaan adalah berulang-ulang. Ia berulang sebab memang perkara itu yang amat perlu untuk difahami dan dikuasai untuk alam pekerjaan nanti (bagi mahasiswa) dan penting sebagai pengetahuan masa depan anda suatu hari nanti (bagi pelajar sekolah).
3. Semak semula nota anda.
Sebelum membaca buku-buku rujukan atau bab-bab yang lazim keluar dalam peperiksaan, baca dulu nota yang anda tulis sejak awal tahun. Nota ini perlu dibaca dulu sebab biasanya nota ini ditulis dengan ringkas. Dapatkan dulu gambaran awal tentang kesemua bab yang perlu ditekankan. Baca semua bab sepintas lalu. Tak perlu memfokus pada satu-satu bab. Pada level ini, anda hanya perlu memahamkan sahaja dulu, bukan untuk menghafalnya.
4. Baca bab-bab dan tajuk yang sering keluar dalam peperiksaan yang lepas.
Setelah anda membaca sekali imbas kesemua tajuk yang anda pelajari di dalam nota tulisan anda, mulakan pembacaan secara fokus kepada soalan-soalan penting sahaja. Sebenarnya, tidak semua yang anda pelajari dari awal tahun itu benar-benar penting. Ada bab hanya untuk anda fahami konsepnya sahaja. Ada bab lain untuk anda kuasai basicnya saja. Dan yang sesetengahnya pula memang amat-amat penting untuk anda kuasai. Dan bab-bab seperti inilah yang acap kali keluar dalam peperiksaan. Jadi, jangan sampai terlepas pandang. Mesti baca. Mulakan pembacaan secara fokus dengan bab-bab yang sering keluar dalam peperiksaan!
5. Buat soalan-soalan peperiksaan tahun lepas.
Selepas anda membaca secara fokus kesemua bab yang sering keluar dalam peperiksaan, buat pula latihan-latihan soalan peperiksaan tahun-tahun yang sudah. Ini penting untuk membiasakan anda dengan format dan situasi sebenar di dalam peperiksaan nanti.
6. Rumuskan apa yang dipelajari.
Langkah yang terakhir ini amat penting. Rumusan pembelajaran bermakna, anda perlu semak semua senarai bab-bab yang anda pelajari sepanjang tahun. Perhatikan senarai itu betul-betul. Mana-mana bab yang anda belum ulangkali, iaitu bab-bab yang jarang keluar dalam exam, time ni anda perlu tengok. Baca semula. Fahami konsepnya secara mudah. Kemudian, akhiri studi anda khususnya di malam-malam peperiksaan dengan bab-bab yang lazimnya keluar dalam peperiksaan sahaja. Ulang pembacaannnya berulang-ulang kali.
Mudah-mudahan didoakan anda yang sedang sibuk menjalani peperiksaan, buat anda yang sedang bertungkus lumus membuat persediaan untuk exam, selamat berusaha, selamat menempuh peperiksaan. Salam kejayaan!

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik, Sem 1 / 2012


Wednesday, 18 July 2012

34 Ciri Pelajar Yang Cemerlang



Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang

1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk bolehmenempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikansemangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

2.Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan danmengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri.Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidakmencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cubabelum tahu.

3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikultanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama,bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruahkeluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung padagenerasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedarhakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusahalebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaransemasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajaradalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-maindalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orangyang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malahlebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidakterpelajar seperti mereka sendiri.

5. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapipeperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal ataupeperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajaryang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklahmengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihatguru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarangbentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujianbulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaanyang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup danmampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah andaandainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!'Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

7. Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yangmencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-notaringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untukmencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkanpembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tanganselepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

8. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan olehpihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan danpulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorangyang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar,maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

9. Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawansekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulahmendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-notapelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telahtertinggal itu.

10. Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa gurusedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guruadalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yangmemberikan kita ilmu.

11. Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahamipelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernamaSocrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal- jawab'.

12. Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalamproses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut.Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiranpelajar.

13. Berbincang dengan rakan
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentangpelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelasperbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincanganakan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

14. Siapkan tugasan yang diberi
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru samaada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan olehguru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkantugasan yang diberikan oleh guru mereka.

15. Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group)bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitukejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yangakhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dangigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.

16. Sering masuk perpustakaan
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaanyang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi danmendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaahpelajaran.

17. Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademikuntuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya inimerujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossipatau artis.

18. Menonton rangcangan yang sesuai
Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untukmendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lainlagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan beritasemasa.

19. Lakukan peperiksaan kendiri
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri)seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagaipengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian danpeperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya.Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukanpeperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahutentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.

20. Sediakan jadual waktu
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancangpembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abangyang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai danefektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

21. Sertai ceramah motivasi
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakanuntuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

22. Sertai seminar peperiksaan
Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yangdiadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalambidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkinmenerima pelbagai tips dan petua berguna.

23. Beli buku rujukan
Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapatmemantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkansenarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingatpepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatancantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

24. Masuk kelas tuisyen
Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkanlagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

25. Lawatan ke pameran buku
Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran bukuyang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa andaakan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu,ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedaiminyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk kekandang najis... (fikirlah sendiri)

26. Sertai kokurikulum sekolah
Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalamkokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otakyang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkaratakan melahirkan pemikiran yang lembab.

27. Sanggup manghadapi cabaran
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yanghebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran ataucuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yangdimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan sukamelepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang sukamengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuankekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang mahahebat. Pandai-pandailah membawa diri.

28. Jaga keselamatan diri
Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkansebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

29. Jaga kesihatan fizikal
Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan caramenghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat.Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-geraiyang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Janganberjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

30. Makanan seimbang
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan denganmemakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yangbaik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makananyang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

31. Malu bertanya sesat jalan
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripadapelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abangdan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajarcemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapipeperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berhargauntuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

32. Sembahyang
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam,tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan olehagama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

33. Doa
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongandaripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

34. Tawakkal
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jikagagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikankegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikansemua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.